Balik kampung oh balik kampung ;)

Salam semua..

Dah Khamis dah hari ni, hari yang ditunggu-tunggu sudah datang. Hip hip hooooray! Esok, lusa (counting) dan Insyaallah tulat kita semua umat Islam akan menyambut aidilfitri.

Cepatnya masa berlalu, dah nak abes dah ramadhan yang penuh keberkatan ini. Harap jumpa lagi Ramadhan pada tahun-tahun akan datang. InsyaAllah.

Petang ni insyaAllah aku akan balik kampung. Seperti biasalah, aku akan menumpang si rumet yang berviva merah bernombor plat MBN **** itu. Kami akan berkonvoi beramai-ramai (4 buah kereta) balik Kelantan dari Kerteh. Konvoi ramai-ramai best tapi kadang-kadang tak best jugak.

Entah pukul berapa la sampai rumah nanti, sure jalan jammed habislah petang ni. Harap-harap kami tabah sepanjang perjalanan pulang nanti. Semoga semua pengguna jalan raya memandu dengan penuh berhemah dan berhati-hati. Mudah-mudahan semua orang selamat sampai ke destinasi masing-masing dan dapat beraya dengan riang-ria bersama keluarga tersayang.

Kat ofis ni aku dah xde mood langsung nak buat kerja. Ceh, macam byk je keje yg kena buat.. Mood raya berkobar-kobar, lagi-lagi bila dengar lagu raya yang berkumandang dari corong laptop aku neh. Sangat excited I tell you. Hihi.

Sebelum aku abeskan entry yang tidak seberapa ini, aku ingin nyanyikan lagu raya yang best utk semua. Dengar ya..

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh...( 3X )
Hati girang
Ho ho... Balik kampung (3X)
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku

Tak sedap ke? Fine, nyanyi sendiri lah you alllss.. hukhukhuk :(

You Might Also Like

0 komen