Neschoc





Best. Tapi sebab benda ni la aku takleh tido. Padan muka. Degil Mizah ni.. dah taw takleh minum Nescafe, nak jugak minum. Konon-konon kalau tambah Hot Choc tu effect Nescafe kurang la eh? Banyak cantek!

Pagi-pagi buta taktaw nak buat apa so aku study HRM (Human Resourse Management) sebab ada test esok (Selasa 6-7 pm). Apsal entah lecturers UTP suka gila buat test pukul 6. Taw tak, pukul 6 tu otak aku dah tak berfungsi sangat..? Tapi naseb baek jugak MCQ (Multiple Choice Questions), boleh aku tembak-tembak. Macam test OM (Operations Management) last week, aku maen baling-baling dadu. Ingatkan aku sorang je maen baling dadu, rupa-rupanya ramai jugak kawan aku yg buat mcm tuh. Sebab apa? Sebab soalan psycho. Tak, tak. Bukan lecturer psycho, soalan test yg psycho.

Aku harap soalan test HRM tak psycho macam OM. Aah, aku amek 2 management subjects sem ni. Apsal entah aku add 2 subjek management. Bajet rajen baca buku lah tu :p

Ada la 2 3 orang yang aku kenal cakap course cheme (Chemical Engineering) senang. Dan yang 2 3 orang ni pon cakap, "bukan aku cakap, orang yang cakap.. aku tolong sampaikan je". So maksudnya, ramai la yang cakap course cheme senang kan? Masing-masing duk sebar berita kat kawan-kawan cakap course cheme senang.

Tapi, lain pulak yang aku dengar dari lecturer. Ada 2 3 orang lecturers (department cheme and other department as well) cakap course cheme ni antara yang tough. Well, lecturer yang cakap, bukan aku.

Dan point anda di sini?

Jangan jadi judgemental boleh tak? Maksud aku, jangan senang-senang nak tuduh course cheme senang sebab ramai scorer, dean's list merata-rata.

Tak, tak. Itu bukan main point. Main point kat sini ialah: ok, tetap jangan judgemental. Kalau course cheme senang, meh la tolong kami design plant, ethylbenzene plant to be exact. Tolong suggestkan kat mana nak letak reactor, mana nak letak distillation column, mana nak recycle, tolong buat material energy balance, tolong sizing reactor+distillation column, macam mana nak optimumkan yield, increase profit bla bla bla.. justification bla bla bla.. (Eh, tiba-tiba terluah perasaan pasal fydp pulak~ opsss sorriiii)

Aku rasa aku dah dapat main point: Allah ciptakan hambanya dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jadi, takyah la act "Eleh, course tuttt senang, sebab tu slalu dapat dean's list. Try ko amek course yg aku amek ni, tengok dpt dean's list tak".

Silakanlah anda berbahagia dengan course yang anda pilih dan biarkanlah kami berbahagia dengan course yang kami pilih ini..

Memang betol, otak aku lampi kalau bab-bab meche. 8 bulan aku intern buat kerja meche, rasa bodoh gila. Even benda simple macam reinforcement pon aku takleh faham. 2 3 bulan jugak baru boleh faham. Tu pon dah penat dah engineer tu ajar aku. Blaja ngan engineer pon susah nak faham -_-" Kalau budak2 meche confirm excellent ah bab ni (aku rasa). Dan aku berani kata, budak2 meche kompem susah nak faham pasal reaction, separation process kan..?

Kan dah cakap, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan sendiri. Terima je lah, takyah nak berlagak sape amek course lagi susah, sape tajuk FYP lagi susah, sape lagi busy tak menang tangan banyak keje nk buat. Takde pekdahnya..

Buat penat bazir air liur jek omong-omong kosong; baek ko blaja rajen-rajen, buat FYP sungguh-sungguh. Untung-untung nanti dpt dean's list, ko jugak yg kembang hidung. Tak gitu?

Macam entry tak siap jek.. tapi takpe, takde orang nak bagi markah pon~
OK, entry end.

You Might Also Like

0 komen