Icon

Ceh, takleh blah tajuk entry 'icon'.
Cipta rekod sepanjang hayat, balik dari lab pukul 1 pagi.

Sebenarnya, lab icon takdelah interesting sangat pon sampai aku taknak balik bilik. Tapi pelik jugak, masa aku tinggalkan lab icon pukul 1 pagi tadi ada lagi beberapa orang tak nak balik. Sembangat benar buat icon apsal entah. Padahal blok 5 tu dot dot dot, scary awwww you!

Kepada sesiapa yang tak tahu hujung pangkal cerita (bebelan sebenarnya), icon tu sejenis software yang digunakan oleh para Chemical Engineer untuk buat plant design. Dan plant itu adalah .... (google lah senang :p)

Maka, saya sebagai pelajar tahun akhir telah ditugaskan untuk men'design' sebuah plant yang dinamakan 'ethylbenzene plant' untuk subjek Final Year Design Project (FYDP). Secara totalnya, budak cheme kena buat dua final year project, FYP and FYDP. Dengan tambahan subjek-subjek lain yang tak kurang 'umph'nya.

Seronok kan kawan-kawan? Haha. Sepanjang setahun ni akan serabut-serabai dengan plant design dan pelbagai project yang dot dot dot malaslah aku nak bebel. Habeslah kau dah tak cun Mizah, serabai je 24 jam. haha :p

Isnin ni kena present FYDP. Dan Isnin depan present FYP. Selamat bersedia untuk kena hentam. Carik kuali siap-siap untuk goreng! Hahaha :p

All the best untuk my group, Group 17. Thanks mates for everything especially Fatin dan Fatihah. You berdua memang best, i je yang tak best :( Jomlah you all, kita carik kuali utk menggoreng hari isnin ni.. jangan kita yang hangus dah la :p

You Might Also Like

0 komen