Tak loser dah :p

Cepatnya dah seminggu!

Lenguh-lenguh badan caving di Gua Tempurung pun tak hilang lagik ni
Asal tengok gambar-gambar di GT mesti rasa lenguh (hahaha)

Masih terasa lagi makanan shabu-shabu tempoh hari. Nasib baek lah orang belanja, kalau pergi sendiri confirm tak sampai. Sebenarnya, tak berbaloi pun bawak aku pergi shabu-shabu sebab aku jenis perut sempit

Seperti ramai yang dah tahu, shabu-shabu itu nama sebuah restoran yang letaknya tidak dekat dari UTP, dekat-dekat Lumut jugaklah letaknya (aku tak tahu nama exact tempat tu - buta jalan T_T). Nasib baik jugaklah orang lain yang drive, kalau tak confirm tak sampai shabu-shabu

Kalau tak pernah sampai shabu-shabu memang rasa loser gilalah. So sekali dah sampai shabu-shabu terus rasa tak loser, terus rasa macam winner yang dapat pingat emas setelah penat terkinja-kinja lari dalam guni.

Budak-budak UTP pakat duk cerita pasal makan kat shabu-shabu best, boleh makan banyak-banyak sampai pecah perut, memang berbaloi gila duduk lama-lama dalam tu asek suap je mulut dengan makanan sampai kau rasa nak muntah (OK, over)

Oh ya, korang haruslah pandai masak kalau nak makan kat restoran ni sebab dia akan bagi sebijik periuk dan induction cooker untuk korang masak sendiri. Lauk-pauk haruslah pilih sendiri kan, so masak pon sendiri. Tapi bagi yang tak tahu masak, jangan risau, ko campak je semua lauk yang dipilih dalam periuk tu dan tunggu sampai masak. Don't worry babe, rasa tetap ada. Keskes :p

Tapi betul lah, boleh makan banyak-banyak sebab tauke restoran tu kira kepala, bukan kira makanan. Kalau tak habes kena denda so tips di sini adalah hancurkan makanan yang tak habis tu seperti dalam gambar. Kalau tak nak rugi, ambik je lauk mahal-mahal macam seafood seperti udang dan ketam dan daging dan lembu dan ayam dan sebagainya :p






Perut kenyang suka hati. Thanks Syuwari! :)

You Might Also Like

1 komen