Hati

Assalamu'alaikum w.r.t

Saya lupa bila kali terakhir saya menulis di sini. Kalau ada labah-labah dalam ni, tentu sekali laman ini bersawang teruk. Sekejap, bukankah ini sejenis laman sesawang?

*Kabur*

Eh kenapa perut saya berbunyi-bunyi bikin malu sahaja. Janganlah minta diisi, sudah tengah malam ni. Tak lama lagi sudah 30 Disember 2012. Saya tidak akan menaip sesuatu yang membawa maksud "cepatnya masa berlalu" atau "azam tahun baru" (kerana saya tidak pernah berazam secara bersungguh-sungguh setiap kali tiba tahun baru). Terlalu klise. Saya kan edisi terhad.  *I'm limited edition. FYI* - ini status what's app saya. Semacam taknak tukar sampai bila-bila sebab obses dengan diri sendiri. HEHE.

***

Gambar yang diselitkan dalam entry ini diambil dari pejabat saya. Saya suka memandang ke luar tingkap sambil memegang telepon tatkala bosan menghadap kerja. Cuaca hari tu sangat cantik. Lihatlah langit yang cerah dan awan yang gebu - kombinasi terbaik; selepas beberapa hari hujan lebat yang mengakibatkan banjir di beberapa kawasan berdekatan. Subhanallah. Indah ciptaan Tuhan.

Nampak menara tinggi di belakang? Sebagai seorang designer, saya selalu berangan untuk mereka tower/column seperti itu. Dalam fikiran, saya selalu menggambarkan kesukaran menghasilkan column tersebut. Maksud saya di sini adalah cabaran yang perlu dihadapi oleh designer untuk menyiapkan rekacipta sebegitu. Challenging orang putih kata.

Tak ke rasa Allah tu hebat gila? Maksud saya, sangat hebat. Nak reka pressure vessel pun terkial-kial. Pakai material pelik sikit je dah menggelabah. Ada je salah kat mana-mana. Ada je masalah timbul masa fabrication. Ada je kena bebel. Ada-ada je lahhh. Allah buat semua yang ada dalam alam semesta ni rilek je. Kun fayakun je. Hebat kan? Hebat gila! Subhanallah..

***

Tadi ingat nak tulis pasal hati tapi cerita lain pulak yang keluar. Takpelah cerita apa pun, harap bermanfaat :)

Selamat malam semua. Semoga esok lebih ikhlas mencari rezeki :) Setiap amal harus disertakan niat. Baik niat, baiklah amalnya. Buruk niat, buruklah amalnya. Rugilah kalau tak dapat ganjaran yang baik untuk amal yang dikerjakan. Fikir-fikirkan :)

Nampaknya ada masalah dengan gambar. Spoil betul. Lain kali in sha Allah saya muatnaik. Jangan sedih-sedih. Have a sweet dream :)

Published with Blogger-droid v2.0.9

You Might Also Like

0 komen