Orang sekeliling

Mata tak boleh lelap. Banyak sangat benda dalam kepala. Dah kenapa?

Pelik dengan perangai manusia sekeliling. Kenapa ragam macam-macam? Sebab unik, bukan pendua.

Dah apa yang pelik?

Secara general, mana-mana aku pergi, jenis manusia sama yang aku jumpa -- lelaki dan perempuan. OK general sangat ni. Cuba lagi pada perenggan yang berikutnya.

Secara general, mana-mana aku pergi, jenis manusia sama yang aku jumpa -- jenis yang tak puas hati dengan hidup sendiri. Elaborate, pretty please?

Sebab dah pagi-pagi buta dan esok aku kerja, aku bagi point. Kalau korang faham lah. Sebab biasa kalau aku salin nota dari kuliah, aku sorang je yang faham. Takpe takpe, tak faham isi entry ni bukanlah satu isu. Ini bukan blog ilmiah sangat, jangan risau.

1. Hidup untuk buat orang kagum dengan dia. Dalam bahasa mudah, impress others. Eh tu bukan ke bahasa inggeris? (Kalau anda fahamlah, saya cuba melawak. Kalau tak lawak tak payah gelak)

Sometimes, people are very funny. They struggle just to impress people they dont even like.

Kelakar kan? Dah lah tak suka orang tu, macam-macam dia buat semata-mata untuk buat orang tu kagum dengan dia. Contoh, beli kereta kerlas-kerlas sebab nak kagumkan jiran sebelah rumah yang suka berlagak dengan kereta kerlas dia. Dia tak suka jiran dia tu berlagak dengan kereta kerlas dia, dan mengutuk kereta lekeh dia,  jadi dia pon beli kereta lagi kerlas dari jiran dia tu, biarpun tiap-tiap bulan dia hidup berdompet nyawa-nyawa ikan. Banyaknya dia dalam satu ayat, dia yang mana satu ni?

Kelakar kan? Tak ke?

2. Asyik merungut, membanding-bandingkan hidup sendiri dengan hidup orang lain. Jiran berkereta besar, dia berkereta kecil. Sudahlah kecil, selalu rosak pulak tu. Bla bla bla membebel-bebel kereta kecik, kereta buruk, tak mampu beli kereta baru. Kan best kalau jadi jiran tu..?

Ataupun, kenapa aku selalu KENA balik kerja lewat, dia selalu je balik awal tapi bonus dia dapat full, aku apa dapat? Padahal aku kerja engineer kot, dia procurement je; yang berhempas pulas bersengkang mata buat projek aku ni haa. Tak faham kenapa kerja bukan teknikal dapat bonus lagi banyak dari non-teknikal.

Cerita ni kesian. Sebab tak faham-faham politik bonus. Sepertinya kisah sendiri. Haha.

3. Kita hanya akan bahagia jika kita berbahagia dengan diri sendiri dan sentiasa merasakan cukup dengan apa yang ada.

Mungkin ada yang tak setuju, kebebasan berfikir dan bersuara masih hak individu.

Mungkin, pada sesetengah perkara kita perlu untuk dapat/beri lebih. Contoh, keputusan peperiksaan yang lebih cemerlang, gaji yang lebih lumayan, solat yang lebih khusyuk, dan hati yang lebih ikhlas.

Aku sering dengar pepatah inggeris: sky is the limit. Betul, kita tak tahu sejauh mana kita boleh pergi / our potential is until we push ourselves to the sky.

Maksud saya, dalam bahasa yang mudah, kita kena tolak diri kita keluar dari zon selesa untuk capai sesuatu yang luar biasa -- lebih; seperti yang dibincangkan dalam perenggan terdahulu.

Tapi, kadang-kadang kita gagal mencapai 'lebih' walaupun dah tolak diri sehabis daya berusaha secara luar biasa. Inilah yang dikatakan "Kita merancang, Allah pon merancang. Namun, Allah jualah sebaik-baik perancang".

Key point: berserah dan redho.

You Might Also Like

0 komen