GST - kenapa?

Assalamu'alaikum w.r.t


Macam biasa, mula-mula kena letak disclaimer dulu: entry ni tak ada kaitan dengan gst yang semua orang tengah hangat perkatakan sejak 1 April 2015 - goods & services tax. Kalau saya menulis GST, saya maksudkan Grow Shaklee Together, maksudnya Membesar Shaklee Bersama atau bahasa mudahnya buat bisnes Shaklee bersama saya :)



Dalam tajuk entry tu ada soalan kan, kenapa GST? Saya ada banyak sebab kenapa saya join bisnes Shaklee, tapi sebab paling kukuh (ataupun WHY Factor dalam bahasa omputis) adalah saya inginkan kebebasan masa dan kebebasan kewangan.

Saya explain lagi. Apakah yang dimaksudkan dengan kebebasan masa dan kebebasan kewangan? Mudah saja, tidak terikat. 

Kebebasan masa - bebas melakukan apa sahaja aktiviti pada bila-bila masa yang anda suka. Contoh: nak pergi honeymoon tak perlu fikirkan baki annual leave dan tak perlu minta cuti pun. Kalau saya, bab minta cuti ni la yang saya malas. Bos mesti tanya kenapa nak cuti? Pastu bila dah cakap nak pergi honeymoon, dia nak tanya lagi, honeymoon kat mana, pergi berapa orang, dengan siapa? Ehh honeymoon mestilah berdua, dengan suami je :P

Pastu pasti akan tanya boleh siapkan tak kerja tu sebelum cuti? Tak ke dah potong mood kat situ? Dah la kena apply cuti seminggu awal, nak buat surprise honeymoon pun tak boleh. Hihihi.

Selain itu, kebebasan masa boleh juga merujuk kepada fleksibiliti - saya boleh mula kerja pada bila-bila masa yang saya suka dan saya boleh siapkan kerja pada bila-bila masa yang saya suka. 

Sekarang rutin weekdays saya adalah 7 pagi keluar rumah, 7 petang keluar office - rutin ini sangat memenatkan; bukan sahaja otak tetapi seluruh anggota dan emosi. Bila nak layan suami dan (bakal) anak-anak; bila nak kemas rumah; bila nak masak; dan paling penting, bila ME-time?

Jadi, way forwardnya adalah berhenti kerja kalau tak tahan. 

Tapi, kalau berhenti kerja dari mana nak dapat income? Jadi, sebelum berhenti saya mula bertindak sekarang - buat bisnes part time. Sambil-sambil makan supplement, sambil-sambil sihat, sambil-sambil cantik dan sambil-sambil buat duit. Tak ke best tu? Best ke best? :D

Jadi, apa yang anda inginkan?


1. Pendapatan tambahan
2. Bebas dari kesempitan kewangan
3. Gaya hidup selesa
4. Rumah idaman
5. Kereta idaman
6. Hidup sihat dan selesa
7. Pendapatan pasif
8. Luangkan lebih masa untuk diri sendiri & keluarga

Tepuk dada (tepuk poket pon boleh), tanya diri sendiri (dan jawab pun sendiri)

Kalau jawapan sama macam saya, hubungi saya sekarang 019-9363759. Add facebook Mizamiza Azid.



You Might Also Like

0 komen