4 Cara Pilih Minyak Ikan Terbaik Di Pasaran - Tulen & Tinggi Kualiti

Minyak ikan merupakan sumber asid lemak Omega 3 yang kaya dengan EPA dan DHA. Banyak manfaat Omega 3 kepada badan kita, antaranya membantu meningkatkan kesihatan jantung, fungsi otak, kesihatan sendi serta kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan.

Sebab itulah kita disarankan makan ikan 2-3 hidangan seminggu. Namun, tak semua orang suka makan ikan. Jadi alternatifnya, kita mencari supplement yang mengandungi minyak ikan. 

Bagaimanakah cara memilih minyak ikan yang terbaik di pasaran untuk menjamin mutu dan kualiti yang paling bagus untuk kesihatan kita?

cara pilih minyak ikan terbaik di pasaran


4 Cara Pilih Minyak Ikan Terbaik Di Pasaran


Miza kongsikan 4 cara pilih minyak ikan terbaik di pasaran supaya anda tak tersalah pilih minyak ikan yang memudaratkan. 


1. Syarikat Yang Berkualiti

Untuk memilih minyak ikan yang berkualiti tinggi, kita haruslah memilih syarikat yang berkualiti. Syarikat yang sudah lama berada dalam pasaran dengan sejarah pengeluaran produk yang dipercayai. 

Mereka sangat menitikberatkan soal kualiti kerana ia menentukan prestasi syarikat tersebut. Kualiti produk dan prestasi syarikat saling berkait rapat. 


2. Ketulenan dan Keselamatan

Ikan di laut terdedah dengan pelbagai pencemaran termasuk merkuri, plumbum dan logam berat lain. Jadi, untuk memastikan minyak ikan yang tulen diperoleh, ia haruslah melalui penyulingan berperingkat. 

Proses ini akan menyingkirkan toksin dan logam berat dari minyak ikan untuk memastikan ketulenan yang tinggi dan selamat untuk dimakan. Selain itu, rasa dan bau ikan dapat dikurangkan ke tahap yang paling minimum.


3. Sumber Minyak Ikan

Saiz dan jenis ikan juga perlu dititikberatkan. Mana lagi bagus, ikan besar atau ikan kecil?

Ikan besar mengandungi lebih banyak toksin berbanding ikan kecil. Semakin besar saiz ikan, semakin banyak pengumpulan toksin berlaku. Jadi, ikan kecil lebih bagus dijadikan sumber minyak ikan yang lebih selamat.


4. Kelangsungan

Asid lemak omega 3 adalah asid lemak yang diperlukan oleh badan kita. Namun badan kita tak dapat hasilkan asid lemak sendiri, jadi kita perlu ambil dari sumber makanan seperti ikan.

Jadi, amat penting kita memastikan kelangsungan ekosistem supaya ikan tidak pupus. Populasi ikan perlulah dipelihara supaya kita semua mendapat sumber ikan yang berterusan.


cara pilih minyak ikan paling berkualiti




Omega Guard Shaklee - Minyak Ikan Terbaik Di Pasaran


Setelah meneliti cara memilih minyak ikan terbaik di pasaran, Miza dapat simpulkan Omega Guard Shaklee memenuhi kesemua ciri-ciri yang dinyatakan.

minyak ikan paling tulen di pasaran


1. Shaklee Syarikat Established, Pentingkan Kualiti


Syarikat Shaklee sudah berada di pasaran lebih 60 tahun, sejak tahun 1956 lagi dan masih utuh sehingga kini. Pelbagai produk telah dihasilkan melalui inovasi selama 100 tahun. Shaklee berani memberi jaminan setiap produknya selamat, berkesan dan mesra alam. Jadi, tidak syak lagi Shaklee adalah syarikat yang sangat mementingkan kualiti dan prestasi yang cemerlang.



2. Penyulingan 3 Peringkat, Gred Farmaseutikal


Minyak ikan disuling dengan penyulingan molekul tiga peringkat untuk memastikan ketulenan dan kepekatan. Proses ini memastikan komponen bahaya seperti raksa, plumbum, arsenik dan lain-lain toksin disingkirkan.

Proses penyulingan ini melibatkan

  • Suhu dan tempoh pemprosesan dikawal bagi melindungi integriti yang terbaik untuk mendapatkan minyak ikan yang berkualiti
  • Meminimumkan degradasi haba
  • Proses penyulingan suhu rendah membantu membuang lemak tepu, sekaligus menghasilkan omega 3 yang tulen dan sangat pekat.



3. Sumber Ikan Kecil


Omega Guard dihasilkan dari sumber ikan kecil seperti ikan bilis untuk memastikan kandungan toksin dan logam berat yang minimum. Setiap hidangan mengandungi 999mg Omega-3 (546mg EPA dan 360mg DHA) yang sangat pekat dan tulen.


4. Friend of The Sea

Shaklee diiktiraf sebagai Friend of The Sea (Sahabat Laut) untuk memastikan bekalan berterusan minyak ikan berkualiti tinggi yang stabil tanpa menjejaskan ekosistem semulajadi. Shaklee menggunakan teknologi satelit untuk mengetahui populasi ikan sebelum ditangkap. Jika ikan masih kecil dan belum matang, Shaklee tak akan tangkap ikan di populasi tersebut. Jadi, kelangsungan bekalan ikan akan sentiasa mencukupi. 



Baca Mengenai Omega Guard Shaklee di sini


Order Omega Guard Shaklee Sekarang

Dah tak sabar nak dapatkan Omega Guard Shaklee?

Klik icon di bawah untuk memesannya sendiri di esell.

Tutorial menggunakan esell di sini





Konsultasi Vitamin


Hubungi Miza 0199363759 untuk mendapatkan konsultasi berkesan dan cara makan vitamin yang betul. Setiap masalah kesihatan / kecantikan ada cara makan tertentu jadi, pentingnya pilih pengedar Shaklee yang bertauliah.

Anda pengguna bijak, pastinya inginkan pulangan yang berbaloi untuk setiap sen yang anda laburkan. Jadi, dengan rendah diri Miza menawarkan kepakaran dan konsultasi berterusan untuk setiap pelanggan Miza.



Baca: Konsultasi Berkesan Dari Pengedar Shaklee Bertauliah



Carian berkaitan:
  • Omega Guard Shaklee
  • Minyak ikan paling tulen
  • Minyak ikan untuk anak pintar
  • Minyak ikan untuk ibu hamil
  • Minyak ikan untuk pesakit jantung
  • Minyak ikan kawal kolestrol
  • Minyak ikan bantu kurus
  • Kurus dengan omega guard shaklee

You Might Also Like

0 komen