Tutorial: Cara Menggunakan e-Sell Shaklee Untuk Membuat Online Order

Assalamu'alaikum w.r.t

Di sini Miza akan mengajar anda bagaimana cara untuk membuat order online menggunakan e-Sell Shaklee. E-Sell adalah Online Ordering System yang memudahkan pengguna Shaklee untuk membuat pesanan secara atas talian (online) tanpa perlu menghubungi pengedar Shaklee. Online order boleh dibuat menggunakan laptop, pc, tablet atau smart phone mengikut keselesaan anda. Suka Miza ingatkan di sini, transaksi pembelian hanya sah menggunakan kad kredit atau kad debit. 

Berikut adalah cara-cara untuk menggunakan eSell Shaklee:

Langkah 1
Klik icon ini pada sidebar di sebelah kiri blog ini (atau pada mana-mana entry dalam blog ini).




Langkah 2
Anda akan dibawa ke window baru yang memaparkan laman Shaklee Online Ordering seperti dalam gambar di bawah. Baca dan fahamkan Online Ordering Agreement tersebut. Klik 'Agree' untuk persetujuan jual beli.



Langkah 3
Kemudian klik 'Next' untuk ke langkah seterusnya.



Seterusnya, akan keluar senarai produk seperti tertera dalam gambar di bawah.



Jangan panik tengok jumlah keseluruhan (total amount) kerana dalam ni adalah senarai semua produk Shaklee.


Langkah 4
Pilih produk Shaklee yang anda ingin beli dan tandakan 'tick' serta tulis kuantiti produk yang ingin dibeli. Produk lain yang tidak berkenaan, anda perlu 'untick' dan kuantiti akan automatik menjadi kosong (0).


Sebagai contoh, anda ingin membeli Sustained Release Vita-C Plus dan ESP Soy Protein Isolate Powder.


Langkah 5
Klik checkout setelah selesai memilih produk yang ingin dibeli.




Langkah 6
Masukkan maklumat anda untuk tujuan pengeposan dan klik 'Continue' untuk teruskan.





Langkah 7
Semak pesanan anda. Setelah berpuas hati dengan jenis dan kuantiti produk yang dipesan, klik 'Proceed for Payment' untuk pembayaran.



Langkah 8 
Buat pembayaran menggunakan kad kredit atau kad debit. Masukkan maklumat yang diperlukan seperti jenis kad (debit/kredit), nama pemegang kad, nombor kad (nombor di depan kad), tarikh tamat tempoh kad dan kod keselamatan kad (3 nombor di belakang kad - jangan dedahkan nombor ini kepada orang lain, bahaya!).



Langkah 9
Klik 'Confirm Payment'. Anda akan dibawa ke laman web bank yang anda gunakan untuk buat pembayaran tadi. MSOS kod akan dihantar ke telefon bimbit anda. Masukkan kod MSOS di ruang yang disediakan kemudian klik 'OK'



Langkah 10
Setelah transaksi berjaya, anda akan diberikan invois melalui alamat email anda. Anda juga boleh simpan dalam komputer atau print invois anda.




Senang, kan? Zaman sekarang semuanya mudah, segalanya di hujung jari. Selamat membuat pesanan & Selamat berShaklee :)

Nak beli produk Shaklee dengan harga lebih murah? Hubungi saya di 019-9363759, saya sedia membantu anda!