Produk Semulajadi Kecilkan Pori Wajah Tanpa Kesan Sampingan - Dijamin Selamat! | Pakar Cantik

Tuesday, July 18, 2017

Produk Semulajadi Kecilkan Pori Wajah Tanpa Kesan Sampingan - Dijamin Selamat!

Setiap wanita impikan kulit wajah yang halus lagi mulus, seperti bayi baru lahir. Namun, liang pori yang besar dan terbuka mencacatkan penampilan anda.

Lagi haru, bila kawan menggelarkan kulit muka anda seperti kulit limau. Anda semakin kurang keyakinan terhadap penampilan diri sendiri.

Masalah pori besar menjadikan kulit anda kasar, kusam dan tidak berseri. Walau ditutup dengan makeup, kesan pori terbuka masih jelas kelihatan.

produk kecilkan pori wajah secara semulajadi


Macam-macam produk kecantikan anda dah cuba tapi tak mampu mengecilkan liang pori dengan cepat dan berkesan. Anda mula rasa down dan tak mahu bersosial lagi.

Klik link ini untuk mengetahui 7 Petua Kecilkan Liang Pori Secara Semulajadi


3 Cara Memilih Produk Yang Tepat Untuk Kecilkan Liang Pori Yang Besar Dan Terbuka


Macam-macam produk kecantikan yang ada sekarang kan, boleh kata macam cendawan tumbuh lepas hujan. Setiap hari tengok iklan di tv, dengar iklan di radio buat kita mudah terpengaruh.

Kita sebagai pengguna jadi keliru, tak tahu macam mana nak pilih produk kecantikan yang terbaik untuk kita. Sama ada nak pilih produk murah, produk berkualiti atau ikut pengaruh rakan sebaya tanpa 'study' pasal produk terlebih dahulu.

Jadi, Miza kongsikan 3 cara mudah untuk memilih produk kecantikan yang terbaik untuk anda.




1. Pilih Produk Dari Jenama Yang Establish Dan Dipercayai


Jenama produk memainkan peranan penting. Dari jenama inilah kita tahu prestasi sesebuah syarikat dan kualiti produk yang dikeluarkan.

Makin lama sesuatu jenama dalam pasaran, semakin dipercayai kualiti produk keluaran syarikat tersebut. Bayangkan dah berapa ribu pelanggan yang berpuas hati dan terus setia menggunakan produk tersebut selama bertahun-tahun.

Shaklee adalah syarikat supplement (makanan tambahan) nombor 1 di Amerika Syarikat, sudah berada di pasaran sejak 1956 lagi. Sudah 61 tahun dalam pasaran.

Paling istimewa, Shaklee merupakan pencipta multivitamin pertama di dunia, iaitu Vitalized Mineral (sekarang dikenali sebagai vitalea) pada tahun 1915. Usia Vitalea sekarang adalah 102 tahun!

Boleh bayang tak, betapa kukuhnya syarikat Shaklee? Jadi, sangatlah rugi jika anda masih meragui produk keluaran Shaklee


2. Pilih Produk Yang Dijamin 100% Selamat Dengan Kelulusan KKM


Shaklee sangat menitikberatkan soal kualiti setiap produknya. Sebab itu Shaklee berani memberi jaminan setiap produknya selamat, berkesan dan mesra alam.

Setiap tahun Shaklee menjalankan beribu-ribu ujian ke atas setiap bahan dan ujian kualiti ke atas setiap produk yang dikeluarkan. Lebih 300 Million USD dibelanjakan untuk kajian dan pembangunan produk.

Produk Shaklee dihasilkan oleh saintis yang berwibawa, diuji keberkesanan dan kualiti setiap produk melalui clinical study (kajian klinikal) dan landmark study. Bukan hanya dijamin lulus KKM, tetapi mendapat pengiktirafan daripada saintis antarabangsa.

Anda sebagai pengguna bijak tentulah akan pilih produk yang ada jaminan, bukan produk timbang kilo dan dibungkus belakang rumah. Muka, badan kita ni bukan bahan eksperimen produk kecantikan. Kita nak pakai lama. Jadi, wajib pilih produk terbaik yang tentunya hanyalah dari Shaklee


3. Pilih Produk Yang Mampu Atasi Masalah Dari Punca Sebenar



Ramai yang kecewa dengan produk kecantikan apabila tak mendapat kesan seperti yang diinginkan. Sudah berhabis duit tapi tak ada hasil. Setiap RM yang dilabur lebur begitu sahaja, setiap usaha hanyalah sia-sia. Ruginya!

Sebabnya cuma satu. Masalah tak dirawat dari punca. Inilah kelemahan ramai pengguna. Mereka hanya ingin kesan cepat tapi tidak tahu cara paling tepat untuk atasi masalah mereka.

Dengan produk Shaklee dan konsultasi berterusan dari Miza, anda akan mendapat kesan yang anda inginkan ke atas kulit anda. Liang pori yang besar dan terbuka akan semakin mengecil. Kulit anda semakin gebu dan flawless!


5 Punca Utama Liang Pori Menjadi Besar Dan Terbuka

1. Kulit Berminyak

Kulit muka kita secara semulajadinya ada minyak yang berfungsi melembapkan kulit dan mencegah kulit dari menjadi kering dan kusam. Namun, terlalu banyak minyak akan menyebabkan liang pori menjadi besar dan terbuka.


2. Kurang Menjaga Kebersihan Muka

Kulit yang berminyak akan memerangkap kotoran dari persekitaran, contohnya seperti debu dan habuk. Semakin lama semakin banyak kotoran terkumpul dan liang pori menjadi semakin besar. Jika muka tidak dibersihkan dengan sempurna, lama-kelamaan liang pori menjadi tersumbat dan mengundang jerawat.


3. Proses Penuaan 

Semakin meningkat usia kita, semakin kurang penghasilan kolagen semulajadi oleh badan kita. Kulit menjadi kurang elastik (anjal) dan mula mengendur. Kulit yang semakin mengendur akan menyebabkan liang pori di wajah kelihatan besar dan terbuka.


4. Kesan Sinaran Matahari

Sinaran UV dari Matahari mampu merosakkan kulit. Wajah yang sering terdedah dengan cahaya matahari akan menyebabkan sel kulit menjadi tebal dan kurang anjal. Sel kulit yang tebal dan mengendur akan menyebabkan kesan pori-pori di wajah kelihatan besar.


5. Genetik

Saiz pori-pori juga dipengaruhi oleh faktor genetik. Genetik bukan sahaja mewariskan warna kulit, tapi boleh mewariskan struktur pori-pori wajah juga. Jika ibu bapa memiliki liang pori yang besar dan berminyak, kecenderungan anak mewarisi adalah sangat tinggi.


Baca: Cara Kecilkan Pori Wajah Yang Paling Berkesan Abad Ini


7 Produk Semulajadi Kecilkan Liang Pori Dengan Cepat Dan Selamat Tanpa Kesan Sampingan 


1. Vivix




  • Vivix merupakan tonik antipenuaan paling berkesan di dunia
  • Mengandungi resveratrol dan polifenol tumbuhan yang berfungsi sebagai antioksidan yang berkuasa
  • Vivix bertindak dari peringkat DNA sel, mempunyai 4 fungsi aktif untuk melawan penuaan, seterusnya mengecilkan liang pori
  • Mengatasi masalah pori besar dan terbuka yang disebabkan oleh faktor genetik
  • Merawat kerosakan sel yang menyebabkan pori terbuka dan tanda penuaan lain seperti kedut, jeragat dan parut
  • Mengawal kesihatan sel bagi mengelak pori terbuka kembali dan menjadikan anda awet muda
  • Memberikan tenaga kepada sel supaya kulit anda kekal kuat melawan serangan yang merosakkan kulit
  • Mengurangkan lambakan protein rosak (protein AGE) dalam sel yang boleh menyebabkan penyakit kronik yang berkaitan penuaan seperti diabetis, jantung dan kanser

2. Collagen Powder




  • Proses penuaan menyebabkan penghasilan kolagen semulajadi kulit semakin merosot
  • Kekurangan kolagen dalam kulit akan menyebabkan kulit hilang keanjalan dan elastisiti
  • Pengambilan kolagen tambahan akan membantu menganjal dan menegangkan kulit terutama di bahagian yang berpori besar
  • Shaklee Collagen Powder merupakan serbuk kolagen terbaik di pasaran kerana mempunyai saiz molekul yang sangat halus dan mudah diserap oleh badan
  • Kolagen membantu menguatkan pembuluh darah di permukaan kulit dan menjadikan kulit lebih cerah dan berseri
  • Liang pori yang besar dan terbuka akan mudah mengecil dengan pengambilan kolagen yang konsisten

Baca: 

3. ESP



  • Proses penuaan akan menyebabkan badan kita kehilangan protein secara semulajadi
  • Kekurangan protein secara semulajadi akan menyebabkan perubahan teksture kulit yang menjadikan kulit hilang keanjalan
  • Kulit yang tidak anjal akan mula mengendur dan membuatkan liang pori semakin jelas kelihatan. 
  • Protein adalah binaan asas bagi sel badan kita. Sebab itulah, pengambilan protein yang bermutu tinggi akan menghasilkan sel yang sihat dan cantik.
  • ESP mengandungi sumber protein yang lengkap untuk menghasilkan sel baru yang sihat dan menggantikan sel lama yang rosak atau mati
  • Apabila cukup protein, kulit akan menjadi tegang dan dapat mengecilkan liang pori yang besar dan terbuka.

4. GLA Complex



  • GLA Complex bertindak sebagai penstabil hormon semulajadi.
  • Ia akan mengawal hormon yang mengeluarkan minyak yang berlebihan dan menjadikan kilang minyak kembali normal.
  • Ini akan menghalang punca pori-pori menjadi besar akibat terlebih penghasilan minyak di kulit.
  • Jadi, liang pori akan lebih mudah mengecil bila minyak kembali normal.
  • Mengandungi sedikit vitamin E yang berfungsi untuk merawat dinding sel pori yang rosak dan membantu menghasilkan sel kulit baru yang sihat dan licin

5. Sustained Release Vita-C Plus 500mg


  • Membantu menghasilkan kolagen semulajadi dalam kulit
  • Mengandungi antioksidan yang akan menegangkan kulit dan mengecilkan pori yang terbuka 
  • Meningkatkan ketahanan kulit dari serangan bakteria pada liang pori yang menyebabkan jerawat dan blackhead
  • Juga berfungsi untuk meningkatkan sistem pertahanan tubuh dan membantu membaikpulih sel-sel akibat penggunaan bahan kimia dalam produk kosmetik

6. Carotomax




  • Carotomax adalah sejenis antioksida yang memperbaiki kulit dan mengelakkan proses penuaan.
  • Merupakan antioksidan yang sangat tinggi dan mengandungi beta-carotene yang berfungsi untuk mengecilkan bukaan pori yang besar
  • Mengandungi vitamin A yang tidak bertoksik dan mampu melawan serangan luar seperti cahaya matahari


7. Gentle Deep Foaming Cleanser



  • Pencuci muka yang halus ini dicipta khas untuk kulit wanita Asia
  • Ia dihasilkan dari kajian 3 tahun saintis US dan Jepun
  • Mampu mencuci minyak jauh ke dalam liang pori tanpa terlalu mengeringkan kulit.
  • Apabila minyak dicuci dengan bersih, liang pori akan mula mengecil.
  • Mengandungi vitamin C aktif semulajadi untuk merawat dinding pori yang cedera
  • Mencerah dan mengawal kelembapan kulit dengan normal.


Testimoni Set Kecilkan Liang Pori Shaklee

Ramai yang dah mencuba vitamin kecilkan liang pori dari produk Shaklee. Mereka semua berpuas hati dengan hasilnya. Lihatlah testimoni di bawah sebagai bukti.










Kesan pengambilan set kecilkan pori Shaklee

  • Set ini akan mengatasi punca sebenar kenapa liang pori di wajah anda terbuka dan membesar
  • 9/10 daripada pelanggan akan dapat melihat perubahab setiap 14 hingga 21 hari, bergantung kepada tahap kronik masalah anda
  • Kulit anda akan menjadi sihat, licin, cerah dan berseri. 
  • Masalah jerawat dan kulit kusam juga dapat diatasi
  • Liang pori semakin mengecil dan kulit anda semakin gebu dan flawless!



Order Set Kecilkan Pori Besar Dan Terbuka Sekarang!

Dah tak sabar nak dapatkan Set Kecilkan Pori Shaklee?

Klik icon di bawah untuk memesannya sendiri di esell.

Tutorial menggunakan esell di sini





Konsultasi Berkesan Masalah Pori Terbuka

Hubungi Miza 0199363759 untuk mendapatkan konsultasi berkesan mengecilkan liang pori yang besar dan terbuka.

Anda pengguna bijak, pastinya inginkan pulangan yang berbaloi untuk setiap sen yang anda laburkan. Jadi, dengan rendah diri Miza menawarkan kepakaran dan konsultasi berterusan untuk setiap pelanggan Miza.

Baca: Konsultasi Berkesan Dari Pengedar Shaklee Bertauliah



Carian berkaitan:

  • Cara kecilkan liang pori besar dan terbuka
  • Punca liang pori besar dan terbuka
  • Produk hilangkan liang pori besar dan terbuka
  • Liang pori besar
  • Kecilkan liang pori dengan berkesan
  • Masalah pori terbuka
  • Pencuci untuk pori terbuka
  • Pori tersumbat



Anda Berminat Untuk Menjadi Pengedar Shaklee?

Dengan kualiti produk yang terjamin, saya memerlukan pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap pelusuk negeri termasuk negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.

Hubungi saya Nor Amizah Azid 019-9363759 jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu-alukan!

Jana pendapatan bermodal rendah dengan Shaklee. Sertai Miza dalam group rahsia untuk mengetahui bagaimana Miza menjana pendapatan dari rumah. Bimbingan diberikan sehingga berjaya mencapai pendapatan yang diingini.



Shaklee Independent Distributor
Nor Amizah Azid
SID 1237984 (Mohamed Afiq)
0199363759

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...